Rangka manusia bawah jambatan
GERIK - Satu rangka manusia ditemui berhampiran Jambatan Raja Muda Nazrin di Lenggong di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan rangka itu pada jam 3 petang.
"Siasatan awal mendapati rangka terbabit merupakan seorang lelaki berdasarkan cebisan pakaian yang ditemui. Berkemungkinan si mati sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu.
“Kita ada menerima laporan orang hilang iaitu orang kurang upaya (OKU) dipercayai ada kaitan dengan penemuan ini,” katanya.
Menurutnya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga terbabit akan diambil untuk mencari pemadanan.
“Bagaimanapun, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Gerik esok bagi menentukan punca kematian dan pengesahan identiti si mati,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!