‘Ngam Ngam Roll’ diperkenal di Karnival Rakyat Karangkraf

Mohd Aizat memperkenalkan Ngam Ngam Roll buat kali pertama di Karnival Rakyat Karangkraf 2024.
Mohd Aizat memperkenalkan Ngam Ngam Roll buat kali pertama di Karnival Rakyat Karangkraf 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Makanan mudah dihidang, ‘Ngam Ngam Roll’ diperkenalkan buat pertama kalinya di Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

Pemiliknya, Mohd Aizat Saharuddin, 29, berkata, orang ramai boleh menikmati dua perisa utama iaitu coklat dan strawberi di program berkenaan.

“Di Karnival Rakyat ini merupakan lokasi pertama saya menjual ‘Ngam Ngam Roll’ yang berharga RM10 setiap satu bekas.

“Sekiranya pembeli ingin tambah perisa seperti pisang coklat roll atau coklat strawberi roll harganya hanya ditambah RM5, iaitu RM15

“Kami hanya akan ke program seperti ini atau festival makan-makan dan ia tidak dijual secara dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan membabitkan dua komponen utama iaitu sukan rakyat dan pentas rakyat.

Mohd Aizat yang juga pempengaruh media sosial itu memberitahu bahawa karnival tersebut dapat mengimbau semula kenangan seperti di zaman 90-an.

Katanya lagi, program berkenaan perlu diteruskan bagi generasi baharu dapat menikmati dan mengetahui perkara yang hampir dilupakan oleh orang ramai.

Artikel Berkaitan:

“Saya datang ke karnival ini rasa seperti kembali ke zaman dahulu, ada hari kantin sama seperti di sekolah dan makanan serta hiasan reruai juga dihiasi seperti rumah orang dahulu,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!