Christian Abad Amat penjaga gol baharu JDT
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Christian Abad Amat dari Sepanyol sebagai penjaga gol baharu pasukan itu.
Pengumuman pengambilan pemain berusia 18 tahun itu, dibuat menerusi satu video dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.
Video dengan kapsyen 'New goalie on the block! Welcome Christian Abad Amat', turut memaklumkan bahawa bekas pemain Juvenil B Elche itu akan menyarung jersi nombor 12.
Terdahulu, JDT mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong, 31, dan Enzo Lombardo, 27, dari Perancis sebagai pemain baharu kelab itu bagi menghadapi saingan musim baharu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!