Sultan, Permaisuri Perak berkenan tinjau Taman Tasik Taiping

Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara berkenan meninjau keadaan kolam Taman Tasik Taiping yang mengalami kekeringan.
Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara berkenan meninjau keadaan kolam Taman Tasik Taiping yang mengalami kekeringan.
A
A
A

TAIPING - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin berkenan meninjau keadaan kolam Taman Tasik Taiping di sini yang mengalami kekeringan sejak beberapa minggu lalu.

Baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat ke kawasan itu selepas menyempurnakan perasmian bangunan Mahkamah Syariah Taiping di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, baginda berdua menitahkan hasrat untuk melihat sendiri paras air tasik berkenaan yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering.

Baginda turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan pengunjung di Taman Tasik Taiping.
Baginda turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan pengunjung di Taman Tasik Taiping.

"Kesantunan hati baginda berdua begitu terserlah. Baginda turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan pengunjung yang ada di taman tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini media melaporkan, tahap peratusan pengurangan air di dalam kolam Taman Tasik Taiping menghampiri 70 peratus sehingga menampakkan dasar tasik.

Sultan Nazrin menitahkan hasrat untuk melihat sendiri paras air kolam Taman Tasik Taiping yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering.
Sultan Nazrin menitahkan hasrat untuk melihat sendiri paras air kolam Taman Tasik Taiping yang dilaporkan menyusut teruk susulan cuaca kering.

Keadaan itu disebabkan cuaca panas berpanjangan dan taburan hujan yang rendah yang berlarutan sejak dua bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Taman Tasik Taiping yang berusia 133 tahun merupakan tapak bekas perlombongan bijih timah suatu masa dahulu dan terdapat beberapa kolam lain di kawasan itu termasuk Allamanda Pond dan 7 Sisters Pond.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!