Harimau Muda B-19 akur kehebatan Australia

Pemain Australia, Zachary De Jesus (kiri) bersaing dengan Muhamad Faris Danish Mohd Asrul dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya, Indonesia. Foto FAM
Pemain Australia, Zachary De Jesus (kiri) bersaing dengan Muhamad Faris Danish Mohd Asrul dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya, Indonesia. Foto FAM
A
A
A

SKUAD bola sepak Bawah 19 (B-19) tahun negara terpaksa akur mengakhiri saingan Piala ASEAN B-19 2024 di kedudukan keempat selepas tewas 3-5 kepada Australia menerusi penentuan penalti dalam aksi penentuan tempat ketiga pada Isnin.

Dalam perlawanan di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya itu, Australia kendalian skuad Trevor Morgan terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Marcus Younis pada minit ke-29.

Harimau Muda B-19 bimbingan Juan Torres Garrido yang memegang status juara edisi 2018 dan 2022 berusaha bangkit menyaingi lawan.

Namun pemburuan gol skuad muda negara hanya berjaya dijelmakan hasil jaringan sendiri sendiri pemain Australia, Jake Nadjovski minit ke-73 bagi mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Harimau Muda B-19
Harimau Muda B-19

Bagaimanapun penentuan sepakan penalti tidak berpihak kepada anak buah Garrido apabila pemain pertahanan, Zachary Zahidadil gagal menyempurnakan sepakan sekali gus memberikan kemenangan kepada Australia.

Sebagai rekod, Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas 0-1 kepada tuan rumah Indonesia pada aksi separuh akhir pada Sabtu.

Anak buah Garrido membuka kempen Kumpulan C dengan kemenangan 11-0 ke atas Brunei diikuti Singapura 5-0, sebelum mengesahkan status juara kumpulan setelah seri 1-1 berdepan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!