Lima pelajar pukul junior ditahan polis

Polis menahan lima pelajar lelaki yang disyaki terlibat kes pukul seorang pelajar junior di sebuah sekolah berasrama di sini, Rabu lalu. Gambar hiasan
Polis menahan lima pelajar lelaki yang disyaki terlibat kes pukul seorang pelajar junior di sebuah sekolah berasrama di sini, Rabu lalu. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Polis menahan lima pelajar lelaki yang disyaki terlibat kes pukul seorang pelajar junior di sebuah sekolah berasrama di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, laporan diterima daripada pelajar Tingkatan Satu yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Menurut beliau, tangkapan terhadap pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu dibuat sekitar jam 11 pagi pada Isnin.

"Kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di badan.

"Mangsa telah menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti motif pergaduhan selain mengesan suspek lain yang terlibat.

"Kelima-lima remaja tersebut telah dirakam percakapan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan terhadap kesemua pelajar itu dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!