B4U dapat sambutan luar biasa

Permainan B4U di reruai Sinar Harian yang menawarkan hadiah barangan dapur mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung.
Permainan B4U di reruai Sinar Harian yang menawarkan hadiah barangan dapur mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung.
A
A
A

SHAH ALAM - Permainan B4U atau Bantuan Untuk Anda pada Karnival Rakyat Karangkraf mendapat sambutan luar biasa pengunjung.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, sepanjang tiga hari karnival, sebanyak 1,000 peket beras Jasmine telah diberikan kepada pengunjung yang menyertai permainan berkenaan di reruai Sinar Harian.

Menurutnya, 500 peket garam turut habis disambar pengunjung yang tidak putus-putus mencuba permainan yang mudah itu.

“Berbeza dengan permainan biasa yang menawarkan hadiah minuman kotak atau barangan mainan, permainan B4U dianjurkan dengan tujuan memberikan hadiah barangan dapur kepada pengunjung.

“Ia ibarat serampang dua mata, sambil bermain sambil menambah barangan dapur rumah,” katanya pada Isnin.

Jelasnya, permainan itu sebenarnya popular dalam kalangan pelajar sekolah yang datang memeriahkan acara pada karnival berkenaan.

“Sebab itu ibu bapa memberi respons yang sangat baik kerana hasilnya berbaloi dan dapat menambah barangan dapur rumah.

“Selain itu, 400 peket gula, 400 botol minyak masak, 400 botol sos dan 400 botol kicap licin di meja permainan tersebut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, Sinar Harian turut mengucapkan terima kasih kepada para penaja terutamanya beras produk Jasmine, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Lebuh raya WCE, Litrak dan Econsave.

“Ini kerana sumbangan syarikat-syarikat korporat ini membantu memeriahkan lagi permainan B4U,” jelasnya.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang bermula sejak Jumaat lalu, mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan membabitkan dua komponen utama iaitu sukan rakyat dan pentas rakyat.

Program dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-18 Sinar Harian berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 malam itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di Dataran Karangkraf, di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!