KPS Berhad barakan pembangunan bola sepak Selangor

Emran (barisan belakang, sembilan dari kiri) bersama barisan penaja pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024 di Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam pada Isnin.
Emran (barisan belakang, sembilan dari kiri) bersama barisan penaja pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024 di Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

PROGRAM pembangunan bakat bola sepak terus menjadi keutamaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) apabila sekali lagi tampil menjadi penaja utama kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) 2024.

Penolong Pengurus Jabatan Hubungan Pelaburan, Kelestarian dan Komunikasi KPS Berhad, Mohammad Farhan Mohd Zain berkata, KPS Berhad telah menjadi penyumbang utama untuk kejohanan ini sejak 2014, dengan nilai tajaan bernilai RM1.12 juta untuk kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun manakala RM800,000 untuk kejuaraan Piala Raja Muda Selangor Bawah 12.

Emran (kanan) menerima replika cek bernilai RM20,000 daripada Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024.
Emran (kanan) menerima replika cek bernilai RM20,000 daripada Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024.

“Di KPS Berhad, kami mempunyai dua mekanisme berbeza untuk tajaan yang pertama merupakan one off manakala satu lagi tajaan mengikut inisiatif seperti Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun dan Piala Raja Muda Selangor Bawah 12 untuk tempoh jangka masa panjang.

“KPS Berhad juga melihat bola sepak sebagai agen perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar selain membentuk disiplin tinggi serta budaya hidup sihat,” katanya.

No Image Caption

Farhan berkata demikian selepas selepas Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024 di Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam pada Isnin.

Sebelum itu, KPS Berhad dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) tampil sekali lagi menyemarakkan kejuaraan peringkat sekolah tersebut dengan tajaan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

KPS Berhad menyumbang tajaan RM100,000 bagi Piala Raja Muda Selangor manakala RM125,000 untuk Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 manakala PNSB pula tidak ketinggalan menyumbang R100,000 untuk Piala Datuk Mokhtar Dahari.

Emran (dua dari kanan) menerima replika cek bernilai RM100,000 dan RM125,000 daripada wakil KPS pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024 di Kelab Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam.
Emran (dua dari kanan) menerima replika cek bernilai RM100,000 dan RM125,000 daripada wakil KPS pada Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024 di Kelab Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan, Datuk Emran Kadir; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan dan Perkhidmatan Korporat KPS Berhad, Suzila Khairudin; Ketua Pegawai Kelestarian KPS Berhad, Zulkifli Mawardi; Pengurus Besar Kanan Projek PNSB, Md Yunus @ Iskandar Md Noor; Timbalan Pengarah Sektor Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Yusaini Salleh dan Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Madiyan Baweh.

Md Yunus menyerahkan tajaan PNSB kepada Emran.
Md Yunus menyerahkan tajaan PNSB kepada Emran.

Sebagai rekod, Sinar Harian media rasmi kejuaraan bakal menyaksikan saingan kejuaraan 2024 akan bermula dengan aksi Piala Sumbangsih Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18, menemukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam menentang SMK Dato’ Harun di padang bola sintetik Seksyen 19 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Isnin depan.

PIALA DATUK MOKHTAR DAHARI BAWAH 18 TAHUN (B-18) 2024

KUMPULAN A

1. SMK Meru (PPD Klang)

2.SMK TTDI Jaya (PPD Petaling Perdana)

3. SMK Bandar Rinching (PPD Hulu Langat)

4. SMK Saujana Utama (PPD Kuala Selangor)

KUMPULAN B

1. SMK Pengkalan Permatang (PPD Kuala Selangor)

2. SMK Shahbandaraya (PPD Klang)

3. MRSM Sungai Besar (PPD Sabak Bernam)

4. SMK Bukit Sentosa (PPD Hulu Selangor)

KUMPULAN C

1. SMK Telok Panglima Garang (PPD Kuala Langat)

2. SMK Seri Gombak (PPD Gombak)

3. SMK Tengku Ampuan Jemaah (PPD Klang)

4. SMK Damansara Damai 1 (PPD Petaling Perdana)

KUMPULAN D

1, SMK Kelana Jaya (PPD Petaling Utama)

2. SMK Putra Perdana (PPD Sepang)

3. SMK Taman Jasmin 2 (PPD Hulu Langat)

4. SMK Seksyen 7 (PPD Petaling Perdana)

KUMPULAN E

1. SMK Bandar Saujana Putra (PPD Kuala Langat)

2. SMK Seri Keramat (PPD Gombak)

3. SMK Pantai Sepang Putra (PPD Sepang)

4. SMK Shah Alam (PPD Petaling Perdana)

KUMPULAN F

1. SMK Tinggi Kajang (PPD Hulu Langat)

2. SMK Bukit Gading (PPD Gombak)

3. SAMT Sultan Hishamuddin (PPD Klang)

* Play-off Petaling Perdana

KUMPULAN G

1. SMK Saujana Impian (PPD Hulu Langat)

2. SMK Taman Dato’ Haron (PPD Petaling Utama)

3. SMK Seksyen 24 (2) (PPD Petaling Perdana)

4. SMK Dato’ Harun (PPD Petaling Utama)

KUMPULAN H

1. SMK Ampang Pecah (PPD Hulu Selangor)

2. SMK Darul Ehsan (PPD Gombak)

3. SMK Sungai Kapar Indah (PPD Klang)

4. SMK Sungai Besar (PPD Sabak Bernam)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!