RM100 juta untuk penambahbaikan fasiliti keselamatan sempadan

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta untuk penambahbaikan fasiliti keselamatan di sempadan Kelantan, Kedah dan Perlis.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucaptama di Majlis Sambutan Bulan Keselamatan Negara di sini pada Selasa.

"Negara yang kuat dan kukuh tentunya terhasil daripada perpaduan dan kekuatan ekonomi tetapi negara yang utuh dan selamat itu adalah juga dengan keselamatan negara terjamin,” jelasnya.

Menurutnya, satu pertemuan bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijadual berlangsung pada Sabtu ini di Sungai Golok, bagi membincangkan isu keselamatan sempadan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung dan Selatan Thailand.

"Ada keperluan (keselamatan dan ekonomi) di utara Semenanjung," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Anwar meminta laporan terkini perkembangan usaha menaik taraf kemudahan di sempadan Sarawak dan Sabah dibentangkan kepadanya dalam mesyuarat pada Khamis ini.

Ia susulan perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Nusantara, Kalimantan yang bersempadan dengan kedua-dua negeri berkenaan.

“Saya ucap terima kasih kerana beberapa langkah diambil bersama kerjasama (kerajaan) Negeri supaya dipercepat kemudahan-kemudahan di sempadan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 20 Januari tahun lalu berkata, Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sarawak dan Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!