Bergson azam bantu JDT raih tiga mata

Bergson. Foto FB Johor Southern Tigers
Bergson. Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

PELEDAK berbiasa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva berazam membantu skuad Harimau Selatan itu meraih tiga mata berharga pada aksi Liga Super berdepan PDRM FC, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pada Rabu.

Menurut Bergson, biarpun meramalkan tentangan sengit daripada The Cops, namun dia tetap yakin rakan-rakan sepasukan mampu beraksi cemerlang bagi merealisasikan misi berkenaan.

“Kita tidak ada sebarang alasan untuk tidak meraih tiga mata pada perlawanan ini.

“Yang penting semua pemain perlu ada motivasi tersendiri bagi memastikan misi tiga mata itu berjaya direalisasikan,” katanya menjelang perlawanan tersebut.

Untuk rekod, skuad kendalian Hector Bidoglio itu kini gah menerajui takhta Liga Super dengan 18 mata hasil enam kemenangan berturut-turut setakat ini.

PDRM FC pula berada pada kedudukan ke-11 degan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali daripada lima perlawanan setakat ini.

Sementara itu Bergson berharap kesebelasan pasukan dapat mengekalkan momentum serta mentaliti kemenangan pada perlawanan berkenaan.

Katanya, hanya dengan cara itu, skuad Harimau Selatan itu mampu melangkah lebih jauh dan melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya dengan mengekalkan momentum dan mentaliti kemenangan ini, lebih banyak kejayaan akan mampu dicapai.

“Inilah perkara yang selalu ditekankan kepada kami dan kami akan cuba merealisasikannya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!