Tuntut Sabah: Malaysia pertahan setiap inci kedaulatan negara

Anwar
Anwar
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia akan mempertahankan setiap inci kedaulatan negara ini dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan termasuk Sabah.

Ketika berucap di Majlis Sambutan Bulan Keselamatan Negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan berkaitan.

"Kerajaan tidak akan bertolak ansur (walaupun) satu inci tanah rakyat kita dan tidak mungkin terlibat dalam apa-apa rundingan melibatkan hak dan kedaulatan negara," katanya pada Selasa.

Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Wisma Putra menerusi kenyataan pada Isnin turut menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara sentiasa dilindungi pada setiap masa.

Anwar berkata, hubungan diplomatik yang sangat baik dan akrab antara Malaysia dan Filipina perlu dimanfaatkan untuk keselamatan.

"Hubungan peribadi saya dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr di tahap sangat rapat dan akrab.

"Jalur ini harus dimanfaatkan untuk keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan kita harus mengerti sejarah telah membuktikan bahawa serangan seperti yang berlaku di Sabah beberapa tahun lalu berlaku dalam keadaan tidak diduga," katanya.

Sebelum ini tular video di media sosial yang mengandungi kandungan tidak berasas, mengelirukan serta mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia.

Pada 5 Julai lalu, Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres bagi menyatakan bantahan sekali gus menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Dalam nota diplomatik itu, Malaysia berkata kerajaannya secara jelas menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah.

@sinarharianonline

Tuntut Sabah: Malaysia pertahan setiap inci kedaulatan negara Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Nasional #Sabah #Filipina #PMX #AnwarIbrahim #Kedaulatan

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!