Trafik sesak 11km nahas tiga kenderaan di Sungai Buaya

Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler dilaporkan di KM441.2 (Arah Selatan) di antara laluan Sungai Buaya ke Rawang. Foto pembaca
Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler dilaporkan di KM441.2 (Arah Selatan) di antara laluan Sungai Buaya ke Rawang. Foto pembaca
A
A
A

SHAH ALAM - Laluan di Kilometer (km) 441.2 (Arah Selatan) di antara laluan Sungai Buaya ke Rawang sesak sejauh 11km susulan kemalangan jalan raya melibatkan dua treler dan sebuah kereta seawal jam 7.30 pagi Selasa.

PLUS Trafik melaporkan setakat jam 9.50 pagi, lorong tengah arah utara dibuka semula kepada lalu lintas, namun lorong kanan masih terhalang.

“Lorong kanan dan tengah arah selatan juga masih terhalang. Kerja pengalihan kenderaan kemalangan sedang dijalankan. Trafik sesak 11km arah selatan dan masih perlahan 3.5km arah utara.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler dilaporkan di KM441.2 (Arah Selatan) di antara laluan Sungai Buaya ke Rawang. Foto bomba
Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler dilaporkan di KM441.2 (Arah Selatan) di antara laluan Sungai Buaya ke Rawang. Foto bomba

“Sila gunakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan. Pandu cermat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian.

Orang ramai boleh mendapatkan info trafik terkini di aplikasi X PLUSTrafik di https://x.com/plustrafik

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!