Baitulmal Kedah sedia 11 kabin KAFA sejak 2022

Ahmad Zaki (lima kanan) membuat penyerahan replika kunci kepada Mawardi (lima kiri) di kabin KAFA SK Kurong Hitam.
Ahmad Zaki (lima kanan) membuat penyerahan replika kunci kepada Mawardi (lima kiri) di kabin KAFA SK Kurong Hitam.
A
A
A
KUALA NERANG - Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menyediakan 11 kabin guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kepada sekolah-sekolah kebangsaan sejak tahun 2022.

Ketua Bahagian Baitumal MAIK,Syeikh Ahmad Zaki Ghazali berkata, sebanyak RM244,035 telah diperuntukkan untuk projek kabin guru KAFA itu dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, Baitumal Kedah mengambil inisiatif menyediakan kabin KAFA terbabit demi memberikan keselesaan kepada guru KAFA di sekolah kebangsaan di negeri ini.

"Baitumal Kedah dipercayai menjadi perintis kepada projek ini bermula dengan satu kabin KAFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Belukar di daerah Padang Terap pada tahun 2022.

"Pada 2023, peruntukan diluluskan untuk lima kabin KAFA di sekolah kebangsaan dan lima lagi kabin KAFA diluluskan untuk beberapa sekolah kebangsaan pada tahun ini,"katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Kabin KAFA di SK Kurong Hitam, di sini, pada Isnin.

Ahmad Zaki (kiri) dan Mawardi (kanan) melawat kabin KAFA di SK Kurong Hitam.
Ahmad Zaki (kiri) dan Mawardi (kanan) melawat kabin KAFA di SK Kurong Hitam.



Hadir sama,Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Syeikh Hasbullah Md Mukhtar.

Ahmad Zaki berkata, Baitumal Kedah melihat ada keperluan untuk penyediaan kabin guru KAFA untuk membolehkan mereka mengajar dengan selesa dan meningkatkan lagi pretasi pengajaran mereka.

Artikel Berkaitan:


Sehubungan itu, beliau memberitahu, kabin KAFA yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah almari, meja dan sebagainya diberikan kepada sekolah-sekolah kebangsaan di Kedah.

Beliau turut berharap, kemudahan disediakan membantu lagi guru KAFA ini memberi tumpuan untuk pelajar-pelajar,sekaligus meneruskan kesinambungan pengajaran agama dan fardu ain serta mendidik pelajar.

Ahmad Zaki (tengah) bersama sebahagian guru KAFA SK Kurong Hitam selepas penyerahan projek kabin berkenaan.
Ahmad Zaki (tengah) bersama sebahagian guru KAFA SK Kurong Hitam selepas penyerahan projek kabin berkenaan.



Dalam perkembangan sama, Ahmad Zaki memberitahu, projek kabin KAFA dilaksanakan dengan kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak.

Justeru, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak termasuklah orang perseorangan, badan korporat dan bank untuk terus menjayakan projek kabin berkenaan.

Sementara itu, Guru Besar SK Kurong Hitam,Mawardi Omar berkata, beliau bersyukur dan menyambut baik projek kabin KAFA terbabit.

Beliau berkata, kemudahan kabin berkenaan bukan hanya memberi keselesaan dan membantu guru KAFA, malah memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti seperti mesyuarat.

Mawardi memaklumkan, beliau berharap kemudahan disediakan meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran KAFA, sekaligus merealisasi impiannya agar pelajar memperolehi 9A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!