[VIDEO] Aset perolehan keselamatan perlu ikut kaedah betul - Anwar

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap perolehan aset keselamatan negara perlu dibuat mengikut kaedah peraturan betul.

Anwar juga memberi amaran agar ia tidak dibuat untuk memenuhi keuntungan peribadi atau ejen dalam dan luar negara.

"Saya agak keras mengenai isu ini, tidak disenangi banyak pihak tetapi tiada pilihan.

"Kalau kita mahu benar percaya pertahankan keselamatan negara, maka dari awal di semua peringkat termasuk perolehan," katanya dalam ucapan di Majlis Sambutan Bulan Keselamatan Negara di sini pada Selasa.

Anwar
Anwar

Menurut Anwar, sekiranya tiada perubahan dalam kaedah perolehan aset, itu yang berlaku terhadap kapal perang dan pesawat sebelum ini walaupun peruntukan besar diberikan setiap tahun.

"Sebab itu, saya ucapkan terima kasih kepada pimpinan pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kembali kepada landasan untuk memastikan perolehan itu mesti mengikut kaedah dan peraturan betul," ujar beliau.

Katanya, soal keselamatan negara tidak boleh dipandang ringan kerana terdapat usaha berterusan sama ada dari dalam dan luar negara untuk mengganggu gugat keamanan.

Artikel Berkaitan:

“Saya bukan maksud hendak menakut-nakutkan, tapi bimbang kerana ada orang anggap selesa.

"Apa nak bimbang, negara aman, makan cukup, negeri sedang mencatatkan kadar pertumbuhan membanggakan, kadar pengangguran menurun, pelaburan meningkat. Benar.

"Kita harus beri tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi tanpa meringankan keutamaan keselamatan dan tanpa mengenepikan aspek penting termasuk nilai, cara mengurus negara dan tatakelola termasuk dalam pasukan keselamatan," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!