Tahap keselamatan siber negara lemah - PM

Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim.
A
A
A

PUTRAJAYA- Tahap keselamatan siber Malaysia berada di tahap yang lemah berbanding negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia mendorong kerajaan memperkenalkan peraturan dan rang undang-undang (RUU) keselamatan siber untuk mengawalnya.

"Serangan siber masih dalam urutan keutamaan dan ini memerlukan satu tumpuan, latihan kepakaran dan jaringan syarikat serta badan risikan yang boleh dimanfaatkan," katanya dalam ucapan sempena Majlis Sambutan Bulan Keselamatan Negara di sini pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta588)

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan langkah tersebut dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan selepas kerangka kawal selia baharu akan diperkenal pada 1 Ogos.

Dalam pada iti, satu perundangan baharu akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan bertujuan meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati secara terperinci serta jelas.

Anwar berkata, media sosial dilihat telah digunakan secara salah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab antaranya melakukan buli sehingga menyebabkan kejadian bunuh diri, eksploitasi kanak-kanak untuk tujuan seks serta scam yang mencecah lebih RM2.5 bilion.

"Dia kata jangan sekat kebebasan, apakah kebebasan itu menipu, mencuri, mendera orang sehingga bunuh diri?

Artikel Berkaitan:

"Hal ini harus difahami rakyat kerana dalam soal keselamatan diri, harga maruah mesti diberi keutamaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!