Hilang sejak Ahad, Puteri Nur Syahirah ditemui selamat di rumah rakan
PONTIAN - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Parit Abas, Benut pada Ahad lalu, ditemui selamat pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, Puteri Nur Syahirah Abdul Hafiz ditemui berada di rumah rakannya di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah sekitar jam 2.44 pagi.
"Kehilangan Puteri Nur Syahirah disedari keluarga pada malam Ahad. Kemudian hebahan mengenai kehilangan remaja yang masih bersekolah itu dibuat media sosial dan mendapat perhatian ramai.
"Difahamkan Puteri Nur Syahirah bertindak menghubungi ibunya selepas hebahan itu tular. Dia kemudian dijemput oleh ibunya dan dilaporkan dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Mohammad Shofee meminta orang ramai agar segera membuat laporan polis sekiranya berlaku kehilangan ahli keluarga supaya tindakan segera dapat dilakukan pihak polis.
Seja Ahad tular media sosial, merayu orang ramai mengesan Puteri Nur Syahirah Abdul Hafiz yang dilaporkan hilang Kampung Parit Abas Benut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!