Penyanyi legenda Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun

Seniwati Nona Asiah meninggal dunia awal pada jam 4.25 pagi Selasa di Hospital Besar Changi, Singapura akibat pelbagai komplikasi pada usia 94 tahun.
Seniwati Nona Asiah meninggal dunia awal pada jam 4.25 pagi Selasa di Hospital Besar Changi, Singapura akibat pelbagai komplikasi pada usia 94 tahun.
A
A
A

PENYANYI legenda di era kegemilangan filem Melayu di Singapura, Nona Asiah meninggal dunia awal pada jam 4.25 pagi Selasa.

Allahyarham Nona menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun di Hospital Besar Changi, Singapura akibat pelbagai komplikasi.

Memetik laporan Berita Harian Singapura, pemergian Nona disahkan oleh anak Allahyarham, pengarah muzik Indra Shahrir Ismail.

Jenazah Allahyarham Nona dijangka dikebumikan esok (31 Julai).

Allahyarham Nona atau nama sebenarnya, Asiah Aman sangat masyhur sebagai penyanyi latar bagi lagu-lagu filem terbitan Malay Film Production dan Cathay Keris.

Antara lagu yang pernah dirakamkan Allahyarham semasa di zaman kegemilangannya ialah Manusia Miskin Kaya, Jikalau Abang Merindu, Dunia Asmara dan Ingin Tahu.

Nona Asiah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nona pernah merakamkan dua lagu pertama ke piring hitam pada 1949 iaitu Ciumku Lagi (saduran dari lagu Mexico, Besame Mucho) dan Bunga Sakura (lagu Jepun) sebagai pembuka tirai kerjaya seninya.

Difahamkan, nama Nona Asiah merupakan pemberian Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang juga antara mentor Allahyarham selain komposer lagu kebangsaan Majulah Singapura, Zubir Said.

Artikel Berkaitan:

Antara lagu terkenal Mak Nona ialah Cempaka Biru, Hasan dan Hasnah dan Gelora Chinta. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!