Projek jalan hubung Orang Asli di Gua Musang dipercepat - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menaiki jengkaut sebagai simbolik merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa di Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Poshau-Kuala Betis dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri di Dataran Kejat Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang pada Selasa.

A
A
A

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu projek jalan perhubungan melibatkan Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Pos Hau-Kuala Betis di sini untuk kemudahan masyarakat Orang Asli dipercepatkan.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan urusan harian masyarakat berkenaan menjadi lancar selain memberikan jaringan perhubungan yang lebih baik.

"Mengikut perancangan jalan perhubungan melibatkan Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Pos Hau-Kuala Betis mengambil masa selama 48 bulan untuk siap.

"Jadi saya telah meminta JKR (Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya) supaya kontraktor yang dilantik mempercepatkan penyiapan projek ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa di Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Poshau-Kuala Betis dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri di Dataran Kejat Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis di sini pada Selasa.

Ahmad Zahid (tengah) beramah mesra dengan kepimpinan Orang Asli semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan dan Menyiapkan Jalan Perhubungan Desa di Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Poshau-Kuala Betis dan Projek Mengganti Jambatan Batu 6, Nenggiri di Dataran Kejat Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) l, Datuk Sapiah Mohd Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Galas Mohd Syahbuddin Hashim.

Menurut beliau, kesengsaraan yang dialami oleh Orang Asli ini dinoktahkan dengan kadar segera.

Katanya, pembinaan ini akan memberi manfaat kepada 7,147 masyarakat Orang Asli dari suku kaum Temiar di 68 buah kampung.

Artikel Berkaitan:

"Pembinaan projek sejauh 94 kilometer ini melibatkan peruntukan berjumlah RM190 juta.

"Ketika ini penduduk menggunakan jalan tanah yang sedia ada untuk keluar ke bandar bagi tujuan aktiviti ekonomi," katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuh itu memberitahu, projek menggantikan Jambatan Batu 6 di Nenggiri bernilai RM11 juta akan dimulakan sekali dengan pembinaan jalan perhubungan Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Pos Hau-Kuala Betis.

Ujarnya, jambatan sepanjang 135 meter itu akan dilengkapi dengan pemasangan lampu jalan jenis solar Led.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!