JDT mungkin rehatkan pemain utama berdepan PDRM
PENGENDALI skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio tidak menolak kemungkinan akan membuat rombakan pemain pada aksi Liga Super berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Rabu.
Menurutnya, rombakan berkenaan berkemungkinan menyaksikan beberapa pemain utama direhatkan dan menampilkan pemain-pemain yang jarang beraksi untuk berdepan cabaran skuad The Cops itu.
Bagaimanapun, Bidoglio berharap pemain yang diturunkan kelak dapat membantu mengekalkan rentak kemenangan pasukan bagi membawa pulang tiga mata berharga.
"Ada kemungkinan saya akan membuat beberapa pertukaran daripada perlawanan terdahulu.
"Namun, penting buat saya untuk melihat sendiri keadaan kesemua pemain sebelum turun beraksi.
"Lagi pun, kita mempunyai skuad yang besar dan semua pemain bersedia untuk beraksi," katanya.
.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!