Malaysia perlu kongsi pengalaman bersama negara Islam lain

Noor Azlan (tengah) ketika menjadi ahli panel Forum Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan sempena Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya di sini pada Selasa.
Noor Azlan (tengah) ketika menjadi ahli panel Forum Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan sempena Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya di sini pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Malaysia harus menggunakan pengalaman dalam membangunkan ekonominya untuk berkongsi dengan negara-negara Islam yang masih ketinggalan dari sudut ekonomi.

Pengarah, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, di antara 10 negara Islam yang memiliki daya saing yang tinggi di dunia pula, Malaysia terkehadapan kerana tidak bergantung kepada hasil sumber asli seperti negara-negara Timur Tengah.

Menurutnya, Malaysia melalui pengalaman seperti sedang dilalui beberapa negara Islam yang ketinggalan dan kini berjaya menjadi negara mempunyai daya saing tinggi.

“Pengalaman kita itu harus dikongsi dengan negara-negara Islam yang lain. Pada mereka Malaysia ini magis. Macam mana Malaysia boleh basmi kemiskinan? Macam mana Malaysia boleh maju.

“Mungkin kita rasa kita agak ke belakang sebab kita tengok orang yang lebih depan dari kita. Tapi pada mereka, Malaysia negara yang terkehadapan. Kita jadi rujukan utama negara-negara Islam untuk mereka meningkatkan keupayaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi panel Forum Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan sempena Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya di sini pada Selasa.

Forum tersebut dikendalikan moderator, Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Artikel Berkaitan:

NOOR AZLAN
NOOR AZLAN

Noor Azlan berkata, sehubungan itu kerajaan harus mengambil cetusan idea yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk membantu negara-negara Islam bangun berdiri dan kemudiannya berdiri bersama-sama.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu, perlu diwujudkan program khusus untuk tujuan tersebut sama ada menjemput wakil negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) datang ke Malaysia atau sebaliknya.

Sementara itu, seorang lagi panel, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam dan Jaringan Kebebasan, Dr Ali Salman menyifatkan Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam pembangunan ekonomi berbanding negara OIC lain malah boleh pergi lebih jauh.

“Saya berpandangan, apa yang menghalang kemajuan ke peringkat seterusnya ialah kesaksamaan. Saya tidak merujuk kepada kesaksamaan ekonomi, kerana saya percaya bahawa dalam kebebasan masyarakat, tahap kelas ekonomi yang berbeza akan wujud.

“Tetapi saya bercakap tentang kesaksamaan di sisi undang-undang, tanpa mengira kaum atau agama. Jika kita mahu berdiri bersama sebagai sebuah negara, saya fikir Malaysia perlu bergerak ke arah masyarakat yang benar-benar sama rata, dan saya percaya ini akan memberi implikasi yang kuat kepada kemajuan ekonomi juga,” katanya.

No Image Caption



Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Dr Sandiaga Salahuddin Uno yang turut menjadi panel di dalam forum berkenaan turut berkongsi pandangan bagaimana negaranya menjadi destinasi mesra muslim utama di dunia tahun ini.

“Kita berjaya kerana ada mentaliti tiga G. Pertama ialah ‘Gercep’ iaitu Gerak Cepat. Kita kena bergerak pantas kerana masa yang ada amat terhad. Tetapi itu sahaja tidak cukup.

“Sebab itulah kita perlukan G kedua iaitu ‘Geber’ yang bermaksud Gerak Bersama iaitu Bergerak bersama termasuk kerjasama, dan inilah yang kami tekankan dalam sektor pelancongan dan ekonomi,” katanya.

Menurutnya, G yang ketiga pula ialah ‘Gaspor’ iaitu ‘Garap Semua Potensi’ yang bermaksud tidak boleh ketinggalan dan perlu mencari peluang.

Menurutnya, dalam semangat kebersamaan, umat Islam dan masyarakat global perlu bekerjasama dan perlu meningkatkan kesalinghubungan, pembangunan struktur, dan pembangunan modal insan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!