Empat lagi Empangan Sabo bakal dibina - Akmal

Akmal (kanan) melihat Empangan Sabo di Titi Hayun yang telah selesai pembinaannya.
Akmal (kanan) melihat Empangan Sabo di Titi Hayun yang telah selesai pembinaannya.
A
A
A

YAN - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) bakal membina empat lagi Empangan Sabo bagi mengurangkan risiko bencana kepala air atau aliran puing sekali gus mengancam nyawa dan keselamatan awam.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, empat empangan itu akan dibina di Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

"Selain projek Sabo di Baling, Kedah yang telah diluluskan sebelum ini, tahun ini kita telah mendapat peruntukan daripada Kementerian Ekonomi untuk meneruskan empat lagi pembinaan Sabo.

"Projek ini dianggarkan membabitkan kos antara RM30 juta hingga RM144 juta," katanya ketika meninjau Empangan Sabo di Titi Hayun di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria.

Menurutnya, projek tersebut yang melibatkan belanja sebanyak RM22.8 juta bagi fasa 1 membabitkan pembinaan dua Empangan Sabo di Titi Hayun di Daerah Yan dan Tupah di daerah Kuala Muda telah siap sepenuhnya.

Keadaan Empangan Sabo di Titi Hayun Yan, Kedah yang telah siap dibina.
Keadaan Empangan Sabo di Titi Hayun Yan, Kedah yang telah siap dibina.

“Dalam pakej peruntukan itu membabitkan dua fasa termasuk pembinaan dua jambatan, maksudnya dalam fasa satu dua Empangan Sabo ini dibina dahulu dan apabila siap kita serahkan dulu kepada kerajaan negeri bagi membolehkan fungsi dan penyelenggaraannya boleh dirancang kerajaan negeri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata, empat projek Sabo lain akan dilaksanakan secara berperingkat di mana lebih kepada peringkat pra pelaksanaan ketika ini.

Berdasarkan rekod, kejadian kepala air yang berlaku di Titi Hayun, Yan pada Ogos 2021 telah mengorbankan enam nyawa selain kerosakan harta benda.

Selain itu, Empangan Sabo di Kampung Iboi, Baling telah diluluskan sebelum ini susulan kejadian kepala air di Kampung Iboi yang menyebabkan tiga kematian pada Julai 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!