KPRJ, Terengganu Inc jalin kerjasama strategik pacu pertumbuhan bersama

Perjanjian MoU diantara KPRJ dan Terengganu Inc membuka jalan kerjasama dinamik yang diharap dapat memberikan manfaat yang signifikan untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi kedua-dua negeri.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mewujudkan rangka kerja kolaboratif yang bertujuan meneroka dan membangunkan projek serta inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.

MoU yang ditandatangani hari ini mengukuhkan komitmen kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam mengenalpasti potensi peluang-peluang perniagaan, memupuk inovasi dan pembangunan mampan di kedua-dua wilayah.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KPRJ, Zainal Abidin Zakaria, pihaknya amat teruja dengan peluang-peluang perniagaan yang bakal dibawa hasil daripada kerjasama ini.

“Dengan menggabungkan kekuatan kedua-dua organisasi ini, ianya bakal memacu pertumbuhan ekonomi seterusnya mencapai kerjasama dan sinergi yang lebih baik untuk Johor dan Terengganu," katanya.

Sementara itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed, turut berkongsi pandangan yang sama.

"Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami terhadap pembangunan mampan dan inovasi. Bersama-sama, kami berharap dapat meneroka peluang baharu antara kedua-dua negeri," ujar beliau.

Perjanjian MoU diantara KPRJ dan Terengganu Inc membuka jalan kerjasama dinamik yang diharap dapat memberikan manfaat yang signifikan untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi kedua-dua negeri.

Majlis menandatangani MoU ini adalah bersempena dengan Ekspo Pelaburan & Perindustrian Selangor ke-4 yang telah diadakan pada 25 Julai 2024 sehingga 27 Julai 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!