Klinik Tomkraf tingkat kesedaran kesihatan kucing

Klinik Tomkraf dimulakan sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024 dan akan diperluas dari masa ke masa dengan kerjasama veterinar tempatan.
Klinik Tomkraf dimulakan sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024 dan akan diperluas dari masa ke masa dengan kerjasama veterinar tempatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama produk makanan kucing tempatan, Tomkraf meneruskan inisiatifnya dalam usaha memastikan kebajikan kucing terpelihara dengan menggerakkan Klinik Tomkraf yang menawarkan perkhidmatan berkaitan penjagaan kesihatan ‘si bulus’.

Eksekutif Pemasaran Tomkraf, Abu Suffian Abu berkata, selepas kempen ‘satu rumah satu kucing’ yang memberi tumpuan terhadap kebajikan kucing jalanan dari pusat pelindungan, inisiatif terbaharu ini bakal diperluas untuk menyelamat dan merawat sebanyak mungkin populasi kucing.

Menurutnya, perkhidmatan Klinik Tomkraf tersebut menawarkan vaksinasi, pemberian ubat cacing, ubat kutu, pemandulan serta lain-lain penjagaan kesihatan dengan kerjasama veterinar tempatan.

“Menerusi Klinik Tomkraf, kita nak beri kesedaran kepada pencinta dan pemilik kucing agar mementingkan penjagaan kesihatan kucing secara menyeluruh selain melalui pemakanan yang baik.

“Dengan kerjasama veterinar tempatan, kita nak bantu sediakan perkhidmatan kesihatan kucing dengan harga lebih rendah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Karnival Rakyat Karangkraf 2024 di sini.

Abu Suffian menambah, buat pertama kalinya, Klinik Tomkraf telah diperkenalkan sempena karnival berkenaan dengan kerjasama HM Vet Services Klinik Haiwan dan Surgery, Semenyih dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Abu Suffian
Abu Suffian

Sehubungan itu, pihaknya akan memperluaskan perkhidmatan berkenaan di kawasan-kawasan lain secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan buka Klinik Tomkraf ini dengan menyertai program-program bersesuaian di pelbagai kawasan.

“Jadi orang ramai boleh manfaatkan platform ini agar kucing terhindar daripada virus dan penyakit,” katanya.

Sementara itu, Dr Perubatan Veterinar HM Vet Services Klinik Haiwan dan Surgery, Semenyih, Dr ‘Amirah Fatihah Dazalan berkata, usaha Tomkraf dalam menyediakan platform berkenaan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dr 'Amirah Fatihah
Dr 'Amirah Fatihah

Katanya, selain penjagaan kesihatan lain, vaksinasi kucing adalah perkara paling asas perlu dititikberatkan agar kucing terhindar daripada virus yang sudah menjadi endemik dan memberi risiko kematian.

“Masyarakat perlu sedar bahawa terdapat jangkitan penyakit kepada kucing juga boleh membahayakan kesihatan manusia.

“Jadi vaksin amat penting agar mencapai imuniti kelompok. Untuk mencapainya, pemandulan juga harus dibuat supaya pembiakan kucing ini dapat dikawal dan penyakit tidak mudah disebarkan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!