130 orang keracunan makanan selepas makan belut di Jepun
YOKOHAMA - Seramai 130 orang mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan belut panggang yang dijual minggu lepas di sebuah gedung serbaneka di Yokohama dekat Tokyo, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Isnin.
Menurut pusat kesihatan bandar Yokohama, kesemua mereka melaporkan gejala seperti muntah dan cirit-birit, tetapi kebanyakan kes tidak serius.
Satu-satunya kematian dalam kalangan individu terjejas adalah seorang wanita berusia 90-an yang punca kematiannya tidak diketahui, lapor Agensi Berita Kyodo.
Menurut pusat kesihatan awam, mereka mengesan staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit dalam najis beberapa orang yang memakan hidangan itu.
Ramai orang di Jepun makan belut panggang atau unagi pada musim panas kerana percaya ia membantu mereka menyejukkan badan. - Bernama-Kyodo
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!