Anwar rafak sembah, zahir ucapan tahniah sempena Keputeraan Sultan Pahang

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-65 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi catatan di laman Facebook pada Selasa, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang agar sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

"Daulat Tuanku,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!