Mayat warga emas reput dalam rumah

Keadaan rumah mangsa yang berkunci sehingga terpaksa meminta bantuan bomba untuk membukanya.
Keadaan rumah mangsa yang berkunci sehingga terpaksa meminta bantuan bomba untuk membukanya.
A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Mayat seorang wanita warga emas ditemukan reput dalam rumahnya dekat Taman Ria di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa, Him Be Lee, 68, ditemukan dalam sebuah bilik utama sebuah rumah teres setingkat di taman berkenaan, kira-kira 10.40 pagi.

"Menurut saksi iaitu jiran mangsa memaklumkan, semasa sedang joging dia terhidu bau busuk dari arah rumah mangsa.

"Selepas itu saksi terus menghubungi pihak polis dan hasil pemeriksaan polis mendapati pintu rumah berkunci seterusnya meminta bantuan pihak bomba," katanya.

Jelasnya, setelah masuk ke dalam rumah berkenaan, pihaknya mendapati mayat mangsa terbaring di atas tilam dalam keadaan reput.

"Menurut saksi, kali terakhir melihat mangsa ialah pada 27 Julai lalu.

"Hasil semakan mendapati mangsa mempunyai rekod sakit darah tinggi dan kelenjar tiroid bengkak," katanya.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, rekod rawatan kali terakhir mangsa ialah pada bulan Mei 2024

Menurut Wan Azharuddin, pemeriksaan mayat di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah atau khianat.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!