Hadi rai Tahun Baru Cina bersama menantu

Abdul Hadi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama menantu, anak dan cucunya. Foto: Facebook Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama menantu, anak dan cucunya. Foto: Facebook Datuk Seri Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama menantunya, Aisyah Lim yang berketurunan Cina.

Dengan berpakaian warna merah, Ahli Parlimen Marang itu berkumpul bersama anak, menantu dan cucunya sempena perayaan tersebut.

Dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau malam tadi, Abdul Hadi turut mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua pengikut laman sosialnya.

"Saya sekeluarga memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina bersama anak dan menantu, Aisyah Lim yang berbangsa Cina," katanya.

Aisyah merupakan isteri anak beliau bernama Yusof.

Sehingga jam 3 petang tadi, posting Abdul Hadi itu mendapat 8,500 tanda suka, 200 komen dan dikongsi oleh 862 pelayar Facebook.

Rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan pemimpin utama Pas itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!