Dua dibawa ke hospital selepas didekati wanita bawa beg - Polis UK

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

LONDON - Dua individu telah dibawa ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas selepas mereka didekati seorang wanita yang membawa sebuah beg di Bath, kata Polis United Kingdom menurut agensi berita Jerman (dpa).

Perkhidmatan kecemasan telah mengepung Stall Street dan menjadikannya kawasan larangan pada Isnin, dengan Polis Avon dan Somerset menyatakan ia sebagai langkah berjaga-jaga dan berharap kawasan itu dapat dibuka semula tidak lama lagi.

Dua orang telah dibawa ke hospital selepas mengadu mengalami kesukaran bernafas dan gatal mata, setelah seorang wanita yang membawa sebuah beg mendekati orang ramai dan menyebabkan beberapa individu merasa tidak sihat.

Perkhidmatan kecemasan dilihat di tempat kejadian memakai pakaian hazmat.

Seorang jurucakap polis berkata, perkhidmatan kecemasan sedang bertindak balas terhadap insiden di Bath.

"Pada kira-kira jam 2.30 petang [1330 GMT] seorang wanita mendekati orang ramai dengan sebuah beg di Stall Street, menyebabkan beberapa individu kemudian merasa tidak sihat.

"Perkhidmatan ambulans memaklumkan kami pada jam 3.08 petang. Kami tidak mengetahui sebarang laporan lanjut mengenai orang merasa tidak sihat. Sebagai langkah berjaga-jaga, kakitangan kecemasan memakai pakaian pelindung.

"Kami bekerjasama dengan SWAST (South Western Ambulance Trust) dan 'Avon Fire and Rescue Service' di tempat kejadian, dan mempunyai rancangan yang dirancang dengan baik untuk bertindak balas terhadap insiden sedemikian.”

Artikel Berkaitan:

Pasukan itu menambah kemudian pada petang Isnin,kawasan larangan kini telah dibuka.

"Ia diletakkan sebagai keutamaan kami untuk memastikan keselamatan awam. Kami kini berpuas hati ia selamat untuk dibuka semula.” - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!