Kebakaran dua rumah kedai: Warga emas melecur
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lelaki tempatan berusia 63 tahun itu melecur tahap satu pada bahagian muka.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.33 petang dan seramai 23 anggota dengan kekuatan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua tangki air serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran dua buah kedai kelas A bangunan dua tingkat berkeluasan 1,400 kaki persegi setiap unit.
"Peratusan kemusnahan adalah sebanyak 90 dan 70 peratus dengan kebakaran telah berjaya dikawal dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!