Gara-gara kerap berlaku pergaduhan

Sebuah restoran makanan segera pasang besi penghadang di kaunter demi keselamatan pekerjanya. - Foto Daily Star
Sebuah restoran makanan segera pasang besi penghadang di kaunter demi keselamatan pekerjanya. - Foto Daily Star
A
A
A

LONDON - Sebuah restoran makanan segera terpaksa memasang besi keluli sebagai penghadang di bahagian kaunter pembelian gara-gara sering berlaku pergaduhan.

Pekerja restoran itu mengambil tempahan makanan daripada pelanggan di sebalik penghadang besi keluli tersebut, lapor Daily Star.

Kedengaran agak pelik, namun itu yang berlaku di West Midlands hingga menimbulkan kurang selesa dalam kalangan pelanggan.

Ditanya mengenai perkara tersebut, jurucakap restoran berkata, "Ia demi keselamatan para pekerja kerana di sini kerap berlaku pergaduhan. Pelanggan menjadikan restoran ini tempat bergaduh dan sering mencari kesalahan para pekerja di sini.

"Keselamatan adalah perkara utama. Kami minta maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan tetapi ini demi keselamatan pekerja kami," katanya.

Beliau menambah, beberapa bulan lalu, seorang gadis telah bertindak memukul pekerja mereka di bahagian kaunter.

"Jadi kami bina besi penghadang untuk elak insiden itu berulang. Ia dipasang pada bulan Ogos," katanya.

Dalam pada itu, pada tahun lalu terdapat lapan kejadian tingkah laku anti-sosial dan 19 kes keganasan atau kesalahan seksual yang dicatatkan berlaku berhampiran cawangan restoran West Midlands, di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!