Olimpik: Atlet Jepun dakwa barang kemas, wang tunai dicuri di bilik
SEORANG pemain pasukan ragbi tujuh sebelah Jepun mendakwa barang kemas dan wang tunai dicuri dari biliknya di perkampungan atlet semasa Sukan Olimpik Paris, menurut sumber yang mengetahui perkara itu pada Isnin, lapor Agensi Berita Kyodo.
Beliau membuat laporan polis sehari sebelumnya selepas mendapati cincin perkahwinan, rantai leher dan wang tunainya hilang ketika kembali ke bilik.
Terdapat banyak laporan mengenai kecurian yang berlaku di perkampungan atlet.
Jawatankuasa Olimpik Jepun sekali lagi memberi amaran kepada atlet dan kakitangan pasukan untuk berhati-hati dengan barang berharga mereka susulan insiden itu. - Bernama- Kyodo
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!