Polis mohon bantuan kesan Puteri Damia Darwisyah

Puteri Damia Darwisyah
Puteri Damia Darwisyah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja itu ialah Puteri Damia Darwisyah Abdullah, yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram dan berkulit sawo matang.

"Puteri Damia Darwisyah dipercayai dilihat kali terakhir di USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada Ahad 6 petang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Wan Azlan menyeru orang ramai yang menemukan atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan remaja ini, agar menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!