40 maut bot terbalik di Sungai Congo
KINSHASA - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh apabila sebuah bot terbalik pada petang Ahad di Sungai Congo berhampiran Kindu di ibu kota wilayah Maniema, Republik Demokratik Congo (DRC).
Xinhua yang memetik media tempatan pada Selasa melaporkan, kejadian melibatkan bot dengan nama 'ABC-BONOBO' yang membawa kira-kira 50 penumpang dan punca nahas masih tidak dapat dipastikan.
Gabenor wilayah Maniema Mussa Kabwankubi pada Selasa mengumumkan wilayah itu berkabung selama tiga hari dan menyatakan tekadnya untuk menjelaskan tragedi itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!