Kedai makan ada najis tikus, lipas ditutup 14 hari

Antara kesalahan dikesan terdapat najis tikus dan kehadiran lipas di bahagian penyimpanan makanan
Antara kesalahan dikesan terdapat najis tikus dan kehadiran lipas di bahagian penyimpanan makanan
A
A
A

KLANG - Empat premis makanan diarah tutup oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) selama 14 hari berkuat kuasa pada Selasa kerana gagal mencapai tahap kebersihan.

MBDK menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, ia hasil pemantauan Jabatan Kesihatan MBDK dan pemeriksaan terhadap enam premis makanan di sekitar pusat bandar Klang.

"Sebanyak enam premis makanan diperiksa dan empat premis makanan diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Peruntukan 62 (1)(b) UUK Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007 kerana didapati premis tidak sanitasi," menurut hantaran itu.

Pemeriksaan juga mendapati tahap kebersihan di ruang penyediaan makanan tidak memuaskan.
Pemeriksaan juga mendapati tahap kebersihan di ruang penyediaan makanan tidak memuaskan.

Pihak berkuasa tempatan itu menjelaskan, antara kesalahan yang dikesan ialah terdapat najis tikus dan kehadiran lipas di bahagian penyimpanan makanan di premis makanan berkenaan.

Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati premis makanan yang diperiksa tidak mempunyai perangkap minyak dan tahap kebersihan di ruang penyediaan makanan juga tidak memuaskan.

Empat premis makanan diarahkan tutup kerana gagal mencapai tahap kebersihan.
Empat premis makanan diarahkan tutup kerana gagal mencapai tahap kebersihan.

"Premis diarah tutup bermula 30 Julai 2024 sehingga 12 Ogos 2024," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!