[VIDEO] Terengganu tidak setuju kaedah bayaran royalti petroleum

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak bersetuju dengan kaedah pembayaran royalti petroleum oleh kerajaan Pusat kerana ia didakwa tidak membantu kecekapan dan produktiviti negeri tersebut.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan diambil kerajaan Pusat dengan menyalurkan bayaran oleh 'pihak ketiga' kepada 'kontraktor' disifatkan sebagai pelik dan tidak pernah berlaku.

"Pendekatan ini bukan sahaja pelik, ajaib dan tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku ketika ini ialah kontrak antara kerajaan negeri dengan pihak kontraktor yang menjalankan servis, tetapi pembayarannya dibuat terus oleh pihak ketiga kepada kontraktor.

"Kerajaan negeri amat tidak bersetuju kerana ia sangat tidak membantu kecekapan serta produktiviti, dengan kaedah pembayaran secara ‘itemised’ dan ‘case-by-case basis’ ini," katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri

Jelas Ahmad Samsuri, keadaan itu telah mengganggu kelancaran pentadbiran Terengganu serta turut menyusahkan kakitangan kerajaan sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan.

Selain itu, tambah beliau, ia turut mengaburkan semangat federalisme dan sistem demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara termasuk di negeri tersebut.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian-perjanjian yang berkaitan akan terus diguna pakai bagi memastikan hak rakyat dan negeri itu dikembalikan.

Artikel Berkaitan:

"Kami di Terengganu dan seluruh rakyatnya berpegang bahawa minyak dan gas yang diperoleh di perairan Terengganu adalah hak Terengganu sejak 1978 dan termaktub dalam pelbagai dokumen rasmi dan kontrak.

"Jadi usah ada pihak di luar sana yang menyebut, 'Terengganu jangan bergantung kepada hasil royalti atau wang ihsan' kerana tindakan ini umpama peribahasa, 'sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula'.

"Bagi saya, keadaan ini bermula dan berlaku akibat perbezaan politik pilihan rakyat dalam pilihan raya," ujarnya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Terengganu masih belum menerima baki royalti petroleum sebanyak RM367.15 juta daripada keseluruhan RM792.32 juta yang diluluskan kerajaan Pusat.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Terengganu masih belum menerima baki royalti petroleum sebanyak RM367.15 juta daripada keseluruhan RM792.32 juta yang diluluskan kerajaan Pusat.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Terengganu masih belum menerima baki royalti petroleum sebanyak RM367.15 juta daripada keseluruhan RM792.32 juta yang diluluskan kerajaan Pusat.

Sehingga Julai tahun ini, akaun negeri merekodkan terimaan royalti atau wang ehsan daripada kerajaan Persekutuan sebanyak RM425.17 juta.

Berdasarkan anggaran secara keseluruhan, wang royalti yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri pada 2023 dan tahun ini masing-masing sebanyak RM1.524 bilion, namun setakat ini Terengganu hanya menerima RM802.18 juta sepanjang tahun lalu.

Isnin lalu, Kementerian Kewangan (MOF) bagaimanapun menyatakan isu bayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan Terengganu tidak berbangkit kerana tiada petroleum yang didapati dan diperoleh di negeri itu.

Menurut kenyataan tersebut, sebarang hasil dari medan petroleum pantai timur Semenanjung Malaysia adalah didapati dan diperoleh di luar perairan negeri iaitu melebihi tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut pantai wilayah selaras dengan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).

Jelasnya, bayaran tunai hasil petroleum akan dibayar terus kepada negeri sekiranya didapati dan diperoleh dalam perairan wilayah tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut selaras dengan Akta 750.

Kata kenyataan itu, sejak 2023 sehingga kini, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM958 juta untuk negeri Terengganu bagi pelaksanaan projek dan program untuk manfaat rakyat negeri tersebut.

Perkara berkenaan dinyatakan menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan Datuk Razali Idris pada 25 Julai lalu mengenai kebertanggungjawaban dalam menyelesaikan pembayaran tertunda dan berjadual kepada Terengganu, dianggarkan berjumlah lebih RM200 juta lagi bagi 2023 dan 2024.

Kementerian itu turut memaklumkan kerajaan Persekutuan terbuka untuk berbincang dan bersedia mempertimbangkan cadangan daripada kerajaan Terengganu yang boleh dipersetujui bersama supaya melibatkan program serta projek yang boleh dibiaya melalui Pemberian Wang Ehsan.

Katanya, ia untuk manfaat langsung rakyat negeri Terengganu, terutama dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambah baik infrastruktur asas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!