[VIDEO] Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh
TEHERAN - Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terkorban dalam serangan di ibu kota Iran pada Rabu, di tengah-tengah Perang Gaza yang berlarutan selama lebih 10 bulan.
Pengumuman itu dibuat Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan turut mengesahkan salah seorang pengawal peribadi beliau terbunuh ketika kediaman mereka digempur Israel malah perkara itu disahkan gerakan Hamas.
Ia juga memaklumkan insiden serangan itu sedang disiasat.
Difahamkan, pemimpin pejuang bumi Gaza itu berada di Teheran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Masoud Pezeshkian yang dijadualkan mengangkat sumpah jawatan untuk menggantikan Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada Mei lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!