Jakim laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh oleh rejim Zionis.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh oleh rejim Zionis.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menunaikan solat jenazah ghaib susulan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh oleh rejim Zionis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.

"Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat.

"Kita dapatkan maklumat dulu. Jika urusan jenazah selesai, saya minta semua Masjid Jakim dan Jawi untuk mengadakan solat ghaib," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian pada Rabu.

Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan Israel menyerang kediaman Ismail di Teheran sehingga menyebabkan beliau dan seorang pegawainya syahid.

Ismail berada di Teheran untuk menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu republik Islam itu Masoud Pezeshkian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!