Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, empat tahun lepas.

Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di Blok Hang Tuah sekolah berkenaan antara jam 4.50 petang hingga 5.50 petang pada 28 Januari 2020.

Dia dituduh di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga maksimum 30 tahun dan denda bagi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh mengorbankan nyawa, dan peguam Muhammad Daniel, Shareveen Krishnan tidak membantah.

Hakim Azaraorni Abd Rahman menetapkan 2 September depan untuk serahan dokumen. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!