ADUN Mahkota, Johor dirawat di ICU akibat pendarahan dalaman

Sharifah Azizah
Sharifah Azizah
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, dipercayai akibat pendarahan dalaman.

Ketua Wanita UMNO Pontian yang juga ADUN Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan berkata, Sharifah Azizah, 63, pernah dimasukkan ke hospital awal tahun ini kerana penyakit yang sama.

"Saya difahamkan sekarang dia di ICU di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, cuma dari segi kritikal atau tidak, saya tidak tahu.

"Beberapa hari lalu, kami dimaklumkan beliau sudah dibenarkan keluar wad. Tetapi lewat petang semalam dapat maklumat beliau dimasukkan semula ke hospital selepas muntah.

"Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut sebelum menziarahinya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sharifah Azizah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Kluang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor.

Beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Sebelum itu, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!