Dua diberkas pukul wanita, memandu secara berbahaya

Tular dua video memaparkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan berbahaya sebelum melanggar beberapa buah kenderaan lain.
Tular dua video memaparkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan berbahaya sebelum melanggar beberapa buah kenderaan lain.
A
A
A

KAJANG - Dua individu diberkas dipercayai memukul seorang wanita serta memandu secara berbahaya dengan melanggar beberapa buah kenderaan lain dalam kejadian dekat Batu 9 Cheras di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu ditahan di sekitar kawasan Kajang kira-kira jam 4 pagi pada Rabu.

"Kedua-dua suspek berumur 25 dan 26 tahun selain masing-masing mempunyai 12 dan 22 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Kedua-dua suspek itu kemudiannya direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Naazron berkata, pihaknya sebelum itu mengesan dua video tular berkait dengan kejadian yang tersebar di media sosial.

"Video berkenaan memaparkan sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih dipandu secara gopoh sehingga melanggar beberapa buah kenderaan di kawasan Batu 9 Cheras.

"Kenderaan terbabit yang dipandu seorang lelaki tempatan dipercayai melarikan diri setelah memukul seorang wanita berumur 29 tahun sehingga cedera parah menggunakan topi keledar di Taman Saujana Impian," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang, 28 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

"Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima dua laporan polis berkaitan kejadian terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada Rabu, tular dua video memaparkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan berbahaya sebelum melanggar beberapa buah kenderaan lain.

Video klip berkenaan turut memaparkan kereta itu berjaya ditahan orang ramai di lokasi kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!