Wisma Putra sahkan Johari selamat di Teheran
PUTRAJAYA - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang kini berada di Tehran, Iran dilaporkan selamat susulan serangan Israel.
Perkara itu disahkan Wisma Putra pada Rabu.
"Ya kami sahkan Johari selamat dan akan meninggalkan Iran malam ini," kata Wisma Putra.
Johari yang tiba di Tehran pada Isnin lalu bagi menghadiri majlis pelantikan Presiden Masoud Pezeshkian yang akan diadakan pada Selasa yang turut disertai oleh pemimpin Hamas dibunuh Israel, Ismail Haniyeh.
Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan Israel menyerang kediaman Ismail di Tehran sehingga menyebabkan beliau dan seorang pegawainya syahid.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!