Menteri Israel meraikan pembunuhan Ismail Haniyeh

Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Teheran. Foto EPA
Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Teheran. Foto EPA
A
A
A

MENTERI Warisan Israel, Amichai Eliyahu berkata, pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, "menjadikan dunia lebih baik".

"Tiada belas kasihan untuk manusia ini," tulis Eliyahu dalam catatan di X.

"Tangan besi yang akan memukul mereka, adalah yang akan membawa keamanan dan sedikit keselesaan dan menguatkan keupayaan kita untuk hidup aman dengan mereka yang inginkan keamanan," katanya.

Media antarabangsa hari ini melaporkan, Ismail dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Teheran.

Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Teheran.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Haniyeh terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.

Kenyataan sama menambah siasatan berhubung pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!