Pelajar maut, motosikal terbabas dirempuh kereta

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan dekat Jalan Paip, Meru pada Rabu
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan dekat Jalan Paip, Meru pada Rabu
A
A
A

KLANG - Seorang pelajar politeknik maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan dekat Jalan Paip dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.05 pagi itu, mangsa yang dipercayai baru sebulan mengikuti latihan industri dalam perjalanan ke Subang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, mangsa yang terlibat merupakan lelaki tempatan berumur 21 tahun.

"Siasatan mendapati mangsa telah hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan bertentangan, pada masa sama sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berumur 39 tahun dipercayai gagal mengelak lalu melanggar mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat

di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!