KWAP sasar 30 peratus peningkatan pelaburan asing

Hazman Hilmi (kanan) bersama Nik Amlizan ( kiri) ketika sesi soal jawab pada majlis Pembentangan Pencapaian Prestasi Kewangan KWAP 2023.
Hazman Hilmi (kanan) bersama Nik Amlizan ( kiri) ketika sesi soal jawab pada majlis Pembentangan Pencapaian Prestasi Kewangan KWAP 2023.
A
A
A

KUMPULAN Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyasarkan peningkatan pelaburan asing sebanyak 30 peratus dan mengandakan lebih 20 peratus dalam pasaran swasta.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, pihaknya turut menjangkakan pendapatan bersih sekitar RM5 hingga RM6 bilion dalam tempoh setahun hingga dua tahun.

Menurutnya, ini kerana KWAP pernah merekodkan keputusan sebegitu dalam tempoh tersebut dan menyasarkan pulangan pelaburan mampan jangka panjang sebanyak 7.0 peratus setahun.

“Memandangkan peningkatan sentimen semasa dalam pasaran tukaran asing, kami berpendapat bahawa ia hanya boleh dicapai dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang.

“Kami berharap tahun ini akan lebih baik berbanding 2023, terutamanya dipacu oleh pasaran domestik. Strategi kami kekal iaitu kami mahu mempunyai pendedahan yang seimbang,"katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed berkata, mengenai perkhidmatan persaraan, sehingga 31 Disember 2023, KWAP memberi perkhidmatan kepada 790,772 penerima pencen di seluruh Malaysia dengan pecahan 73 peratus daripada pesara manakala 27peratus lagi penerima terbitan.

Jelasnya, ia mewakili peningkatan sebanyak 2.8 peratus atau 21.825 penerima pencen tambahan, berbanding tahun 2022 walaupun peningkatan penerima pencen pada 2023.

"Prestasi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) untuk perkhidmatan pencen mencapai skor wajaran tahunan sebanyak 99.4 peratus pada tahun 2023, melepasi Ambang Prestasi 95 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai tambahan kepada pencapaian kewangan dan operasinya pada tahun 2023, KWAP kekal teguh dalam dedikasi yang tidak berbelah bagi untuk melaksanakan perubahan positif di luar aktiviti pelaburannya," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!