PM ucap Selamat Hari Pahlawan kepada wira negara

Anwar menerima Tabik Hormat Perdana pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 di Dataran Pahlawan Negara. Foto Bernama
Anwar menerima Tabik Hormat Perdana pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 di Dataran Pahlawan Negara. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Anwar menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan pasukan keselamatan itu kepada negara.

"Hari ini kita mengingati dan menghargai semua pahlawan-pahlawan negara di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan tatkala melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air.

Anwar (dua dari kanan) beramah mesra bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof (kiri) pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 di Dataran Pahlawan Negara. Foto Bernama

"Terima kasih kerana berjuang demi agama, bangsa dan negara tercinta. Andalah wira negara! Selamat Hari Pahlawan 2024,” katanya.

Sambutan Hari Pahlawan diraikan bermula 31 Julai 1960 yang merupakan manifestasi penghormatan kepada pegawai dan anggota ATM dan PDRM dalam mengenang jasa perwira tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!