Sila log masuk terlebih dahulu.

Adik suspek serang balai polis Ulu Tiram diarah jalani rawatan kemurungan

31 Julai 2024 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 31 JULAI 2024

Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini memerintahkan seorang daripada lima ahli keluarga kepada lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu, mendapatkan rawatan di hospital kerana dikesan ada simptom kemurungan.

Hakim Rasidah Roslee memutuskan demikian selepas peguam, Faizal Rahman yang mewakili kelima-lima tertuduh memohon supaya tertuduh kelima, Mariah Radin Imran dirujuk ke hospital kerana mengalami tanda-tanda kemurungan ketika mereka bertemu di Penjara Simpang Renggam, akhir bulan lalu.

Muzik: Theater of Delays - Black Sea - No Drums Version dari bendsound.com

#SinarHarian #BuletinTikTok #SerangBalaiPolisUluTiram #RawatanMental