Fiffy Arnatasya sudah kembali, tinggal bersama rakan di Johor

Remaja perempuan, Fiffy Arnatasya Abdullah,16 yang dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu telah pulang ke pangkuan keluarganya di sini dalam keadaan selamat pada Selasa.
Remaja perempuan, Fiffy Arnatasya Abdullah,16 yang dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu telah pulang ke pangkuan keluarganya di sini dalam keadaan selamat pada Selasa.
A
A
A

KUALA PILAH - [DIKEMAS KINI] Remaja perempuan, Fiffy Arnatasya Abdullah,16 yang dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu telah pulang ke pangkuan keluarganya di sini dalam keadaan selamat pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan remaja itu daripada keluarganya pada jam lebih kurang 3.45 petang.

"Hasil rakaman percakapan orang hilang tersebut, punca dia keluar daripada rumah kerana mengalami tekanan di asrama sekolah.

"Sepanjang tempoh kehilangannya, dia tinggal bersama rakannya di Johor. Justeru pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang tampil menyalurkan maklumat mengenai orang hilang ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Fiffy Arnatasya yang mana ia merupakan kehilangan kali kedua.

Fiffy Arnatasya sebelum itu kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!