4,042 ibu bekerja di Selangor terima insentif MamaKerja RM1,000

Datuk Seri Amirudin Shari.
Datuk Seri Amirudin Shari.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 4,042 ibu bekerja di Selangor menerima manfaat daripada insentif MamaKerja berjumlah RM1,000 bagi meringankan kos penjagaan anak-anak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, insentif berkenaan terkandung dalam manifesto gabungan Perpaduan Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas yang menyasarkan 5,000 penerima, adalah antara janji 100 hari Kerajaan Perpaduan jika dipilih semula menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Setakat 11 Julai, insentif MamaKerja telah diluluskan kepada sejumlah 4,042 ibu bekerja yang disalur secara terus ke akaun bank masing-masing," katanya dalam catatan Facebook pada Rabu.

Amirudin berkata, permohonan untuk insentif MamaKerja masih dibuka bagi melengkapkan sasaran 5,000 wanita dan mereka yang berkenaan boleh memohon melalui pautan mamakerja.selangkah.my selagi belum ditutup.

Bagi menyuntik kebahagian kepada kaum ibu, beliau berkata, kerajaan negeri berhasrat menjadikan insentif itu sebagai program tahunan.

Inisiatif MamaKerja yang dibuka bermula 1 November tahun lepas merupakan antara aku janji yang ditawar gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat semasa PRN Selangor, Ogos tahun lepas.

Tawaran melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta itu memanfaatkan 5,000 wanita bekerja yang memiliki tiga anak bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!