Koronavirus tidak termutasi di Amerika Syarikat

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS)
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS)
A
A
A

WASHINGTON - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) telah menjejaki dua kes pertama koronavirus yang dilaporkan di negara itu dan mengesahkan ia tidak termutasi.

Ketua penyakit pernafasan CDC, Nancy Messonnier berkata, pihaknya sedang merancang perubahan segera terhadap langkah untuk mengawal dan mengesan virus untuk pelancong yang tiba dari bandar Wuhan.

"Buat masa ini, berdasarkan analisis CDC menggunakan data sedia ada, virus tidak kelihatan termutasi. Ia masih sama dengan yang dikeluarkan China beberapa minggu lalu," katanya.

CDC juga masih menganggarkan risiko yang rendah untuk rakyat AS dan virus tidak merebak dalam kalangan masyarakat di negara itu.

Semua penumpang yang tiba dari Wuhan kini sedang menjalani ujian di 20 lapangan terbang di AS namun jumlah pelancong dari Wuhan semakin berkurangan selepas China menggantung semua penerbangan dari bandar berkenaan.

Setakat ini, terdapat lima kes yang disahkan di AS dan 110 pesakit berada di bawah pemerhatian atau sedang diuji di 26 negeri. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!