[VIDEO] 39 warga Vietnam didenda tiada permit, salah guna pas sosial

A
A
A

JEMPOL - Mahkamah Majistret di sini pada Rabu menjatuhi hukuman denda antara RM11,000 hingga RM13,000 terhadap 39 warga Vietnam selepas mengaku bersalah bekerja di negara ini tanpa permit sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kesemua tertuduh terdiri daripada 23 lelaki dan 16 wanita yang merupakan pekerja sarang burung walit itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Vietnam di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Mahkamah turut menetapkan hukuman lima bulan penjara bagi kesalahan tinggal lebih masa di negara ini sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

23 lelaki warga Vietnam didakwa kerana tiada permit sah dan salah guna pas sosial.
23 lelaki warga Vietnam didakwa kerana tiada permit sah dan salah guna pas sosial.

Manakala, bagi kesalahan salah guna pas lawatan sosial pula, mereka didenda sebanyak RM1,000 setiap seorang dan sekiranya gagal menjelaskannya boleh dipenjara sebulan.

Berdasarkan pertuduhan pertama,pada 8 Jun lalu, jam lebih kurang 5 petang di Pusat Perniagaan Bahau, kesemua mereka didapati menggunakan pasport yang dikeluarkan kepada mereka sudah tamat tempoh sah laku.

Oleh yang demikian, kesemua tertuduh didapati melanggar peraturan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh dan lokasi yang sama, kesemua mereka tanpa sebarang alasan yang munasabah didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tujuan bekerja.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, mereka melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

20 wanita warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Bahau pada Rabu.
20 wanita warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Bahau pada Rabu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala, 41 tertuduh diwakili oleh peguam R Kirthiraj, CK Gan dan Ashler Tan.

Sementara itu, dalam kamar yang sama empat wanita warga Vietnam tidak mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin warga Malaysia, dengan syarat tambahan menyerahkan passport dan hadir lapor diri ke balai polis sebulan sekali.

Sebutan semula kes bagi empat wanita berkenaan ditetapkan pada 28 Ogos ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!